Bersyukur
saya kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapatlah saya menamatkan tempoh sesi latihan
industri ini selama genap satu semester di Semester Empat (bermula dari 22 Jun
2015 sehingga 6 November 2015) dengan sempurna serta menyediakan media kreatif laporan akhir
ini pada tempoh waktu yang ditetapkan.
Dalam
tempoh masa lebih kurang 5 bulan (18 minggu) ini, saya telah menjalankan
latihan industri di Zaftrad Services Sdn Bhd. Dalam tempoh saya berada di
organisasi ini, saya dapat merasai pengalaman baru dalam hidup saya terutama
sekali dalam bidang pekerjaan. Sewaktu saya berada di organisasi ini, saya
dapat mempraktikan segala ilmu yang saya pelajari di Politeknik Tuanku Syed
Sirajuddin dengan lebih meluas dan pengetahuan tersebut terus berkembang
sepanjang tempoh latihan industri yang telah saya lalui sepanjang tempoh yang
diberikan.
Latihan
industri merupakan salah satu syarat wajib yang perlu dilalui oleh setiap
pelajar Politeknik seluruh Malaysia sebelum diperakukan untuk penganugerahan
graduan Diploma Politeknik. Sepanjang tempoh latihan industri, para pelajar
dapat menimba ilmu pengetahuan serta merasai pengalaman dan kemahiran daripada
pelbagai kerja yang dilakukan mengikut bidang kerja di organisasi yang ditempatkan.
Para pelajar berpeluang untuk mengaplikasikan segala teori yang telah
dipelajari kepada bentuk praktikal yang nyata. Di samping itu, ia bertujuan
untuk memberi peluang kepada pelajar mengaitkan teori-teori yang dipelajari semasa
berada di politeknik dengan prosedur kerja yang sebenar dengan lebih
teliti.Ianya juga mampu meningkatkan kemahiran berkomunikasi disamping menyemai
semangat kerja dengan lebih produktif dan perhubungan yang baik sesama pekerja
di kalangan pelajar politeknik.
Kesimpulannya, secara tidak langsung, melalui latihan
industri ini, ianya juga dapat mewujudkan sikap lebih berdisiplin,
bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan dan meningkatkan tahap
keyakinan diri dalam membuat sesuatu keputusan atas dasar samada dalam menyelasaikan
masalah mahupun mengemukakan idea melalui tugasan kerja yang diberikan. Justeru
itu, latihan industri dapat memenuhi objektif untuk melahirkan graduan yang
berkualiti dari segi mental dan fizikal serta penuh dengan pengalaman kerja dan
kemahiran yang lebih efektif bagi memenuhi kekosongan didalam alam pekerjaan
pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment