Followers

WELCOME TO MY BLOG

Monday, 2 November 2015

KOMEN DAN CADANGAN TERHADAP PIHAK POLITEKNIK DAN FIRMA




Sepanjang hampir lima bulan saya menjalani latihan industri di sini, mustahil jika saya katakan saya tidak mempunyai sebarang masalah. Pada mulanya sukar untuk saya menyesuaikan diri, tetapi Alhamdulillah dengan sokongan kakitangan syarikat, saya dapat menyesuaikan diri akhirnya. Selain daripada itu, saya juga ingin menyuarakan beberapa komen dan cadangan terhadap pihak politeknik dan juga firma. Komen dan cadangan dapat membantu pihak organisasi dan pihak politeknik menyelesaikan masalah yang dihadapi supaya dapat membaiki cara pengurusan program latihan industri pelajar pada masa depan. Tujuan utama komen  bukanlah untuk mendedahkan keburukan dan kelemahan pengurusan organisasi dan pihak pengurusan politeknik, tetapi bertujuan untuk proses penambahbaikan pada masa akan datang.

Pemilihan Tempat Latihan Industri :

   Pada pendapat saya, pihak Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin perlu mengekalkan dan mengenalpasti firma yang berkeupayaan untuk menempatkan penuntut bagi menjalani latihan industri. Jika perlu, pihak politeknik boleh membuat perjanjian bersama dengan firma berkenaan untuk mengekalkan tempat untuk pelajar menjalani latihan tersebut. Ini bertujuan bagi mengatasi masalah kekurangan tempat latihan industri yang dialami oleh pelajar. Ia juga dapat mengelakkan sesebuah firma yang tidak bertanggungjawab mengambil pelajar menjalani latihan industri untuk mengambil kesempatan ke atas pelajar tersebut.


Pemantauan Pensyarah :

   Bagi pendapat saya, sepatutnya lawatan yang diadakan oleh pensyarah ke firma di mana pelajar menjalani latihan diadakan sekurang-kurangnya dua kali dalam tempoh latihan diadakan. Dengan adanya lawatan yang dibuat, segala masalah yang dihadapi dapat dirujuk oleh para pelajar kepada pensyarah.Saya juga menyarankan kepada  pensyarah yang mengadakan lawatan di mana pelajar ditempatkan adalah daripada kursus yang sama dengan pelajar, atau pensyarah yang mengajar pelajar itu sendiri di politeknik. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan lagi proses komunikasi diantara pelajar, pensyarah, dan pihak firma jika terdapat sebarang masalah yang berkenaan dengan kursus yang diceburi semasa di politeknik.

Rancangan Skop Dan Latihan :

  Skop latihan yang diberikan oleh firma adalah tidak begitu memuaskan kerana ia banyak tertumpu kepada banyak kerja dalam jangka masa yang terlalu singkat. Ini menyebabkan pemahaman yang mendalam tidak dikecapi sepenuhnya oleh pelajar. Banyak perkara yang dipelajari tetapi pengetahuan yang didapati daripada sesuatu kerja itu tidak begitu mendalam. Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar pihak firma membuat perancangan awal kepada pelajar latihan industri supaya latihan yang dijalankan lebih teratur. Walaupun skop kerja yang dilakukan oleh pelajar tidak begitu luas, namun pemahaman terhadap sesuatu kerja itu dapat difahami sepenuhnya.


Kepelbagaian Kemahiran :

Tugasan yang diberikan oleh firma adalah tertumpu kepada pekerja yang mahir sahaja. Hal ini menimbulkan jurang perbezaan dalam pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan pekerja. Cadangan saya agar pihak firma mampu menyamaratakan pengetahuan dan kemahiran pekerja. Pengetahuan dan kemahiran yang sama rata dikalangan pekerja mampu meningkatkan sokongan daya kreatif dikalangan pekerja dan memudahkan pekerja mengambil alih tugasan pekerja lain sekiranya berlaku sebarang kecemasan terhadap pekerja yang sepatutnya melakukan tugasan tersebut. Dengan itu,perjalananan proses dalam menyiapkan kerja dan tugasan yang diberikan dapat disiapkan dengan cepat dan lancar disamping meningkatkan hubungan komunisasi dikalangan pekerja. Oleh itu, setiap pekerja haruslah mempunyai pengtahuan dan kemahiran yang pelbagai dalam semua bidang dan bukan hanya tertumpu terhadap sesuatu bidang kerja sahaja.


No comments:

Post a Comment