Followers

WELCOME TO MY BLOG

Wednesday, 4 November 2015

KESIMPULAN



Sebagai seorang hamba Allah S.W.T yang  wujud di muka bumi ini, pasti mempunyai      kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Oleh itu kita tidak seharusnya meninggi diri akan  kelebihan yang diperolehi dan tidak berputus asa akan kekurangan yang ada pada diri.Sebagai  manusia tidak salah untuk kita sentiasa bernasihat-nasihat dan memperingati antara satu sama  lain. Ini kerana semua ini adalah untuk kebaikan dan kemantapan individu itu sendiri. Dan  seterusnya akan berjaya mengetuai sesebuah syarikat itu dengan lebih mantap lagi. Apa yang  diharapkan adalah semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan program  latihan industri ini akan sentiasa berhijrah dari kelemahan kepada kelebihan begitu juga dengan  diri saya.


Sekali lagi sebagai seorang hamba Allah S.W.T ingin saya menyusun sepuluh jari saya memohon maaf dan keampunan terutama sekali kepada pihak organisasi syarikat sekiranya saya telah melakukan kesalahan dan kesilapan yang menyebabkan saya tidak disenangi oleh pihak tuan. Tetapi jauh dihati saya, ingin sekali untuk saya memberikan khidmat bakti saya di Zaftrad Services Sdn Bhd  ini kerana bagi saya selama 6 bulan saya menjalani latihan industri disini, saya seolah-olah sudah mempunyai saudara baru. Kemesraan,keprihatinan, dan segala pengalaman yang diperolehi disini tentu sekali tidak dapat saya nilai dengan wang ringgit. Tinggi harapan saya supaya pihak organisasi sentiasa menerima kehadiran saya dengan tangan yang terbuka apabila terdetik dihati untuk bekerja di syarikat ini.

Selama 18 minggu latihan industri yang telah berlalu, banyak perkara yang telah saya pelajari dan mendedahkan saya kepada situasi dan cara bekerja yang sebenar. Saya dapati banyak kelainan yng dirasai jika dibandingkan dengan pembelajaran di politeknik. Syarikat dimana saya menjalani latihan iaitu Zaftrad Services Sdn Bhd telah memberikan pengalaman baru kepada saya. Disini saya mendapat banyak kemahiran dan memepelajari sesuatu yang amat berguna dan berkaitan dengan kursus yang saya ceburi. Kemahiran ini benar-benar memberikan motivasi kepada saya untuk menamatkan pengajian saya di semester akhir dengan jayanya dan seterusnya melangkah kealam pekerjaan yang sebenar.

Program latihan ini juga membolehkan saya menyesuaikan diri dengan pergaulan antara rakan-rakan sekerja. Ia banyak mengajar saya agar lebih menitik beratkan hal-hal hubungan sosial tidak kira dengan pihak atasan mahupun pekerja am. Namun demikian, sifat ingin tahu juga amat penting bagi memebolehkan saya mengumpul seberapa pengalaman dan pengetahuan serta kemahiran teknikal. Tahap keyakinan saya juga sedikit-sebanyak semakin bertambah dan kini membuatkan saya lebih bersedia untuk menempuh alam pekerjaan yang sebenar.


No comments:

Post a Comment